-->
~WELCOME TO MY BLOG~

Komponen Kesejahteraan

Kesejahteraan Emosi

Merupakan sikap dan kepercayaan individu terhadap diri dan kehidupan. Ianya merangkumi konsep kendiri yang positif dan realistik, identiti diri, tahap penghargaan kendiri dan kesedaran dalam mengawal perasaan.

Kesejahteraan Kerjaya

Merupakan tahap  di mana individu dapat mempersembahkan nilai dalam diri dan memperolehi kepuasan kendiri menerusi kerjaya dan aktiviti yang diceburi . Ianya merangkumi sikap terhadap kerja serta kebolehan untuk menyeimbangkan pelbagai peranan dalam pekerjaan/ aktivit yang diceburi  serta bagaimana individu menggunakan kemahiran dan keupayaan untuk menyumbang kepada masyarakat.

Kesejahteraan Sosial

Merangkumi kadar dan kualiti interaksi dengan orang lain, komuniti, dan persekitaran.

Kesejahteraan Fizikal

Merupakan proses aktif yang berterusan untuk mengekalkan tahap aktiviti fizikal secara optimum  yang memfokuskan kepada nutrisi, penjagaan diri dan gaya hidup yang sihat.

Kesejahteraan Intelektual

Merupakan situasi dimana individu melibatkan diri dalam aktiviti kreatif serta menggunakan sumber-sumber yang ada untuk meluaskan ilmu pengetahuan, perkembangan, aplikasi dan artikulasi pemikiran yang kritis.

Kesejahteraan persekitaran

Merupakan keseimbangan antara kehidupan individu dan perhubungan  dengan persekitaran dan sumber-sumber dalam komuniti.

Kesejahteraan Spiritual


Kesejahteraan spiritual didefinisikan sebagai dimensi yang holistik merangkumi pencarian makna dalam kehidupan, nilai-nilai intrinsik, hubungan dengan tuhan, dan komuniti spiritual.


Credit to Universiti Perguruan Sultan Idris :D
Dinukil oleh Knowzek at 23:15:00

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Archive

  • ▼  2016 (11)
    • ►  Nov (1)
    • ▼  Oct (10)
      • Komponen Kesejahteraan
      • Teaching For Quality Learning: Leadership Challenge
      • Its Jumu'ah Everybody
      • ITS FAMILY DAY
      • TUTORIAL
      • Jom tengok video dulu~
      • Kaunseling-kaunseling :)
      • KESIHATAN MENTAL
      • KESIHATAN DIRI
      • APA ITU KAUNSELING?


Awesome Inc. theme. Powered by Blogger.