-->
~WELCOME TO MY BLOG~

KESIHATAN MENTAL

Apakah mental?

Dari segi pengertian, mental membawa maksud yang berkaitan dengan jiwa atau akal.

Kesihatan mental berkait rapat dengan kehidupan kita. Masyarakat sering mengaitkan kesihatan mental dengan penyakit mental namun kenyataan ini adalah kurang tepat.

Ia melibatkan kehidupan harian yang merangkumi:

  • Memupuk perasaan, fikiran dan tingkahlaku yang positif dalam diri sendiri.
  • Kemampuan untuk berinteraksi secara sihat dengan orang lain, kumpulan dan persekitarannya.
  • Bagaimana seseorang itu mengendalikan tanggungjawab, masalah dan tekanan yang timbul dari kehidupan harian.



Ciri-ciri kesihatan mental yang positif:

Terhadap diri sendiri:

  • Menyedari kelemahan dan kekuatan diri sendiri.
  • Berupaya mengawal perasaan.
  • Sanggup menerima kegagalan.
  • Mampu menghindari kegiatan yang tidak bermoral.
  • Menghargai diri sendiri.
  • Terhadap orang lain
  • Mampu berkomunikasi secara berkesan dengan orang lain.
  • Mampu memberi dan menerima kasih sayang.
  • Tahu menghargai dan mempercayai orang lain.
  • Dapat menerima pendapat orang lain secara terbuka.



Terhadap cabaran

  • Berupaya menghadapi dan menyelesaikan masalah.
  • Mampu mengatasi konflik dengan bijak.
  • Mampu membuat keputusan untuk diri sendiri.
  • Bersedia mendapatkan pertolongan sekiranya gagal menyelesaikan masalah harian.
  • Akibat Kesihatan Mental Yang Diabaikan Seseorang Itu Mungkin Mengalami:
  • Perasaan rendah diri.
  • Tekanan dalam hidup.
  • Pertelingkahan dan keruntuhan rumahtangga / keluarga.
  • Kecenderungan melakukan kegiatan tidak bermoral (minum arak, bohsia, penyalahgunaan najis dadah, sumbang muhrim dan perzinaan)
  • Suasana tempat kerja yang tidak menyenangkan.
  • Kecenderungan menggunakan keganasan untuk menyelesaikan masalah (penderaan kanak-kanak / pasangan, buli jalanraya, buli sekolah)
  • Peningkatan risiko penyakit mental.






Diterbitkan oleh Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia
Dinukil oleh Knowzek at 01:20:00

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Archive

  • ▼  2016 (11)
    • ►  Nov (1)
    • ▼  Oct (10)
      • Komponen Kesejahteraan
      • Teaching For Quality Learning: Leadership Challenge
      • Its Jumu'ah Everybody
      • ITS FAMILY DAY
      • TUTORIAL
      • Jom tengok video dulu~
      • Kaunseling-kaunseling :)
      • KESIHATAN MENTAL
      • KESIHATAN DIRI
      • APA ITU KAUNSELING?


Awesome Inc. theme. Powered by Blogger.