-->
~WELCOME TO MY BLOG~

APA ITU KAUNSELING?

"pakar kaunseling adalah pakar motivasi,
   tetapi pakar motivasi bukanlah pakar kaunseling"

Kaunseling bukanlah nasihat walaupun ianya banyak memberi nasihat. Kaunseling adalah suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi. Kaunseling juga adalah salah satu cabang daripada psikologi.
Perkhidmatan kaunseling dijalankan oleh kaunselor profesional bagi membantu  perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh.

Kaunseling boleh didefinisikan sebagai satu interaksi yang berlaku antara dua orang individu yang dipanggil kaunselor dan klien, berlaku di dalam ‘setting’ profesional, dan dimula dan dikekalkan sebagai satu cara untuk menolong perubahan tingkah laku ( Pepinsky,H.&Pepinsky,P.1953:3)

Good ( dalam Sipora Sipon dan Wan Anor Wan Sulaiman 2002 ) menyatakan kaunseling sebagai bantuan dalam menyelesaikan masalah perubahan individu yang dilakukan oleh pembantu yang benar-benar berpengetahuan dan berkebolehan sehinggalah seorang itu boleh membuat keputusannya dengan baik.

Untuk memahami dengan lebih jelas definisi kaunseling, dipetik definisi daripada dua tokoh iaitu Patterson (1995) dan Corey (1977). Patterson ,  mendefinisikan kaunseling sebagai satu proses interaktif melalui satu perhubungan yang unik antara kaunselor dan klien  yang mengarah kepada perubahan klien dalam aspek tingkah laku, kepercayaan dan kemahiran membuat keputusan. Corey pula menekankan tentang proses di mana seorang klien diberi peluang untuk menerokai aspek diri dan kehidupannya yang menimbulkan masalah pada dirinya.

Krumboltz ( George & Cristiani, 1990 ) pula mengertikan   kaunseling merangkumi aktiviti-aktiviti yang beretika yang dilakukan oleh kaunselor dalam usaha membantu klien melibatkan diri dengan jenis tingkah laku yang akan menghasilkan penyelesaian kepada masalah klien.

Ahli psikologi pula berpendapat kaunseling sebagai ‘...satu proses di mana kaunselor menolong kaunselor membuat interpretasi fakta berkaitan pemilihan, perancangan atau penyesuaian yang perlu dibuat’( Smith,G.E.,1955: 6)


Sebagai rumusan, kaunseling adalah proses pertolongan yang profesional yang bertujuan membantu individu memahami dirinya dan alam sekelilingnya.

Dinukil oleh Knowzek at 08:28:00

No comments:

Post a Comment

Newer Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Archive

  • ▼  2016 (11)
    • ►  Nov (1)
    • ▼  Oct (10)
      • Komponen Kesejahteraan
      • Teaching For Quality Learning: Leadership Challenge
      • Its Jumu'ah Everybody
      • ITS FAMILY DAY
      • TUTORIAL
      • Jom tengok video dulu~
      • Kaunseling-kaunseling :)
      • KESIHATAN MENTAL
      • KESIHATAN DIRI
      • APA ITU KAUNSELING?


Awesome Inc. theme. Powered by Blogger.