-->
~WELCOME TO MY BLOG~

NERVOUSNESS

ASSALAMUALAIKUM

Post kali ni nak cerita pasal aktiviti untuk assignment bimbingan kelompok.
Its quite nervous jugak nak buat aktiviti ni. Before hari plan nak buat aktiviti tu, dua-tiga kali jugak la pegi sekolah discuss dengan kaunselor pasal aktiviti ni. Walaupun hanya sepuluh orang pelajar tingkatan 3 je, but still the nervous is there.
Sebelum ni dah pernah jadi fasci untuk beberapa program. Tapi bezanya kali ni dengan program yang pernah disertai is yang ni kena buat seorang diri je compare to yang pernah buat is secara ramai-ramai.

Started from 8.30 a.m, ade 10 aktiviti untuk disiapkan and alhamdulillah dapat siapkan on time dengan masa pelajar balik sekolah. Walaupun mendung and hujan, but still boleh siapkan. Pelajar pun komitmen memang terbaik la :)
New experience, maybe lepas ni dapat buat dengan lebih baik.

Till then, wait the new post :D







Dinukil oleh Knowzek at 22:32:00 No comments:

Komponen Kesejahteraan

Kesejahteraan Emosi

Merupakan sikap dan kepercayaan individu terhadap diri dan kehidupan. Ianya merangkumi konsep kendiri yang positif dan realistik, identiti diri, tahap penghargaan kendiri dan kesedaran dalam mengawal perasaan.

Kesejahteraan Kerjaya

Merupakan tahap  di mana individu dapat mempersembahkan nilai dalam diri dan memperolehi kepuasan kendiri menerusi kerjaya dan aktiviti yang diceburi . Ianya merangkumi sikap terhadap kerja serta kebolehan untuk menyeimbangkan pelbagai peranan dalam pekerjaan/ aktivit yang diceburi  serta bagaimana individu menggunakan kemahiran dan keupayaan untuk menyumbang kepada masyarakat.

Kesejahteraan Sosial

Merangkumi kadar dan kualiti interaksi dengan orang lain, komuniti, dan persekitaran.

Kesejahteraan Fizikal

Merupakan proses aktif yang berterusan untuk mengekalkan tahap aktiviti fizikal secara optimum  yang memfokuskan kepada nutrisi, penjagaan diri dan gaya hidup yang sihat.

Kesejahteraan Intelektual

Merupakan situasi dimana individu melibatkan diri dalam aktiviti kreatif serta menggunakan sumber-sumber yang ada untuk meluaskan ilmu pengetahuan, perkembangan, aplikasi dan artikulasi pemikiran yang kritis.

Kesejahteraan persekitaran

Merupakan keseimbangan antara kehidupan individu dan perhubungan  dengan persekitaran dan sumber-sumber dalam komuniti.

Kesejahteraan Spiritual


Kesejahteraan spiritual didefinisikan sebagai dimensi yang holistik merangkumi pencarian makna dalam kehidupan, nilai-nilai intrinsik, hubungan dengan tuhan, dan komuniti spiritual.


Credit to Universiti Perguruan Sultan Idris :D
Dinukil oleh Knowzek at 23:15:00 No comments:

Teaching For Quality Learning: Leadership Challenge

Syarahan Inaugural

Ah sudah, ape pulak inaugural ni. Kalau awak semua google, inaugural ni more or less like an introduction.


(tu la Prof. Dr. Mohd Majid Konting yg bagi ucapannye)


Banyak jugak la input yang kami dapat dari ucapan prof ni. It's a nice experience buat kami yang first year ni. Hope dapat join lagi program macam ni lepas-lepas ni.

Dinukil oleh Knowzek at 08:21:00 No comments:

Its Jumu'ah Everybody

Pagi-pagi la dah terlajak tidur. Sedar-sedar tengok jam dah 7.59. Terus capai fon call dr. nak cakap masuk lambat sebab baru bangun. Hahahaha. Apedoo alarm tak bunyi. Ade jugak tukar fon kang 

ASSALAMUALAIKUM!

So entri kali ni nak cakap yang even korang dah lambat macam mane sekalipun, make an effort. Give a call first nak inform yang kita masuk lambat so that lecturer tahu where we are. Then find a way untuk kita sampai kelas dengan secepatnye (dah takde mase tunggu bas, jalan kaki je lah nak cepat) 

And dah sampai kelas, make sure kemaskan diri balik. Yela kalau dah berjalan rushing nak cepat macam kena kejar harimau, tak serabai diri tu.
Ketuk pintu bagi salam tu wajib la takkan nak bagitau. Then masuk terus pergi salam and mintak maaf dulu. Pastu duduk je senyap-senyap (jangan mengada-ngada pegang fon, dah lambat tu behave sikit. Bagi fokus dalam kelas)

Habis kelas pergi salam sekali lagi. Mintak maaf and explain why kite lambat. Jangan lupa mintak lecturer doakan sekali supaya kita tak lambat datang kelas lagi.

Tu je kot for this entri. Take note korang. Jangan jadi macam aku pulak nanti hahaha.
Till then~
Dinukil oleh Knowzek at 20:19:00 No comments:

ITS FAMILY DAY

Assalamualaikum!

Lupa pulak nak share gambar utk family day bnk ahad hari tu.
Baru nak blend in dgn family baru hahaha.
Boleh tahan fun la (golek-golek atas rumput, cheers, main belon air XD)






Dinukil oleh Knowzek at 22:47:00 No comments:

TUTORIAL

ASSALAMUALAIKUM
ehem-ehem

Entri ni bukan nak bincang pasal kaunseling.
Ni just nak menyelit dari mana aku dapat cara-cara untuk mencantikkan blog.








Klik ni kalau nak visit dia
Dinukil oleh Knowzek at 17:26:00 No comments:

Jom tengok video dulu~



(jangan pelik burung hantu boleh speaking :D hahahaha, take note guys dengan ape yg dia bebelkan tu)
Dinukil oleh Knowzek at 17:06:00 No comments:

Kaunseling-kaunseling :)





Dinukil oleh Knowzek at 17:02:00 No comments:

KESIHATAN MENTAL

Apakah mental?

Dari segi pengertian, mental membawa maksud yang berkaitan dengan jiwa atau akal.

Kesihatan mental berkait rapat dengan kehidupan kita. Masyarakat sering mengaitkan kesihatan mental dengan penyakit mental namun kenyataan ini adalah kurang tepat.

Ia melibatkan kehidupan harian yang merangkumi:

  • Memupuk perasaan, fikiran dan tingkahlaku yang positif dalam diri sendiri.
  • Kemampuan untuk berinteraksi secara sihat dengan orang lain, kumpulan dan persekitarannya.
  • Bagaimana seseorang itu mengendalikan tanggungjawab, masalah dan tekanan yang timbul dari kehidupan harian.



Ciri-ciri kesihatan mental yang positif:

Terhadap diri sendiri:

  • Menyedari kelemahan dan kekuatan diri sendiri.
  • Berupaya mengawal perasaan.
  • Sanggup menerima kegagalan.
  • Mampu menghindari kegiatan yang tidak bermoral.
  • Menghargai diri sendiri.
  • Terhadap orang lain
  • Mampu berkomunikasi secara berkesan dengan orang lain.
  • Mampu memberi dan menerima kasih sayang.
  • Tahu menghargai dan mempercayai orang lain.
  • Dapat menerima pendapat orang lain secara terbuka.



Terhadap cabaran

  • Berupaya menghadapi dan menyelesaikan masalah.
  • Mampu mengatasi konflik dengan bijak.
  • Mampu membuat keputusan untuk diri sendiri.
  • Bersedia mendapatkan pertolongan sekiranya gagal menyelesaikan masalah harian.
  • Akibat Kesihatan Mental Yang Diabaikan Seseorang Itu Mungkin Mengalami:
  • Perasaan rendah diri.
  • Tekanan dalam hidup.
  • Pertelingkahan dan keruntuhan rumahtangga / keluarga.
  • Kecenderungan melakukan kegiatan tidak bermoral (minum arak, bohsia, penyalahgunaan najis dadah, sumbang muhrim dan perzinaan)
  • Suasana tempat kerja yang tidak menyenangkan.
  • Kecenderungan menggunakan keganasan untuk menyelesaikan masalah (penderaan kanak-kanak / pasangan, buli jalanraya, buli sekolah)
  • Peningkatan risiko penyakit mental.






Diterbitkan oleh Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia
Dinukil oleh Knowzek at 01:20:00 No comments:

KESIHATAN DIRI

KESIHATAN DIRI

Manusia mana yang tidak inginkan kesihatan tubuh badan serta mental?
Pada mereka yang berusia misalnya, sudah mesti mereka inginkan kembali tubuh badan mereka ketika muda.
Tubuh badan yang sihat memudahkan pergerakan serta pekerjaan seharian kita.

Menurut World Health Organisation (WHO) kesihatan adalah keadaan yang sempurna, sihat dari segi fizikal, mental, rohani dan sosial.

Kesihatan fizikal merangkumi tujuh aspek iaitu:

  1. Sihat dan sempurna tubuh badan.
  2. Keadaan dalam dan persekitaran rumah yang bersih dan teratur.
  3. Keadaan alam sekeliling yang tidak menjejaskan hidupan.
  4. Tempat tinggal yang sempurna.
  5. Pemakanan yang seimbang.
  6. Bekalan air yang bersih.
  7. Udara yang bersih.


Kesihatan mental dan rohani merangkumi empat bidang utama iaitu:

  • Daya pemikiran dan sikap yang positif.
  • Dapat menyesuaikan diri dengan keluarga, rakan sebaya dan masyarakat.
  • Ada perasasn kasih dan sayang.
  • Ada rasa penerimaan, penghargaan dan bersyukur.



Antara langkah untuk menjaga kesihatan diri adalah:

  • Banyakkan minum air masak ( 8 gelas sehari)
  • Menjaga pemakanan dengan mengikut diet seimbang
  • Bersenam sekurang-kurangnya 20 minit sehari
  • Menjaga waktu tidur (seeloknya tidur pada pukul 10 malam)


Itu sahaja untuk entri kali ni. Chiaw :)

Dinukil oleh Knowzek at 00:06:00 No comments:
Older Posts Home
Subscribe to: Comments (Atom)

Blog Archive

  • ▼  2016 (11)
    • ▼  Nov (1)
      • NERVOUSNESS
    • ►  Oct (10)


Awesome Inc. theme. Powered by Blogger.